Thursday, June 24, 2010

Puteri Cendana siri2

Puteri Cendana siri2.

Mengapa anak orang kebanyakan digelarkan ‘puteri’? Begini kisahnya. Ketika Puteri Cendana berusia 5 tahun, raja Kerajaan Pura Perdana iaitu Raja Alam Kesuma dan permaisuri baginda bernama Permaisuri Sri Nilam Tempawan telah mencemar duli melawat sekitar kerajaan Pura Perdana.

Ketika itu, ramailah hamba rakyat yang datang menyambut ketibaan raja mereka ke kawasan masing-masing. Tak ketinggalan puteri seorang ini. Semua hamba rakyat beratur di sepanjang jalan negeri itu.

Kebetulan lalunya kereta kuda raja, Puteri Cendana jatuh ke atas jalan kerana ditolak oleh seorang perempuan tua. Maka berhentilah kereta kuda raja dan Permaisuri Sri Nilam Tempawan pun menjengah ke luar. Tatkala permaisuri melihat akan Puteri Cendana yang sangat comel itu, maka jatuh hatilah permaisuri akan dia lalu dipanggil Puteri Cendana menghadap baginda dengan titah yang sangat lunak, “Duhai anakanda, marilah naik kepada bonda”. Puteri Cendana pun menjawab, “Ampun Tuanku Permaisuri, sembah derhaka patik khabarkan.

Tidaklah patik berani naik sebelum mendapat izin ibu bapa patik. Bukankah restu ibu bapa itu membawa ke syurga?”. Mendengar hal itu, Raja Alam Kesuma menjadi murka kerana anak sekecil itu berani bersuara dan melanggar perintah.

Bersambung minggu depan…

Today WoRds.

“Patience is bitter but its fruit is sweet”. ~ Wisdom & Life

HaRTa = ILmu..

Wealth of the mind is the only true wealth”.
~ Wisdom & Life

Kekayaan sejati ialah apabila kita dapat menggunakan akal kita semaksimumnya. Gunakanlah akal yang dikurniai Allah kepada kita ke arah yang dapat mendekati Allah.

Sesiapa yang ada kata-kata hikmat yang baik untuk dikongsi, silalah post kepada saya. Seronok dapat berkongsi ilmu. Satu-satunya perkara yang mana apabila kita beri, kita tak berkurangan perkara itu. Itulah ilmu…
Saya ada RM1, kamu ada RM1. Saya bagi kamu RM1 saya, kamu beri RM1 kamu kepada saya. Sekarang saya ada RM1 & kamu ada RM1.
Tetapi lain konsep bagi ILMU… Saya ada 1 ILMU, kamu ada 1 ILMU. Saya bagi kamu ILMU saya dan kamu beri ILMU kamu kepada saya. Akhirnya kita sama-sama dapat 2 ILMU. ILMU semakin bertambah jika dikongsi tetapi HARTA semakin berkurang atau tak bertambah jika dikongsi. Renung-renungkan… = )

Tuesday, June 22, 2010

KoNgsi KaTa-kATa

“The Road to SUCCESS is Always under Construction” -Anonymous


Kata-kata ini saya ambil daripada kalendar di meja pejabat. Setiap hari kita memerlukan kata-kata perangsang yang dapat mendorong kita ke hadapan. Ada baiknya kita meletakkan/melekatkan kata-kata motivasi/kata-kata hikmat di sekeliling kita agar apabila kita merasa sedih atau kecewa kita terbaca kata-kata ini yang dapat menaikkan semangat kita semula.


Kata-kata hikmat ini pula daripada kalendar 2008 “Wisdom & Life”

“Self-trust is the first secret to success”-Wisdom & Life

Di mana-mana sahaja kita boleh mendapat kata-kata hikmat seperti ini. Bak kata Ust Pahrol Mohd Juoi, “Apabila anak murid bersedia, guru akan tiba”. Kata-kata hikmat ini mungkin saja keluar daripada orang yang tak kita sangka-sangka. Yang penting apabila kita amat memerlukan sokongan, datangilah seseorang dan ucapkan kalimat ini, “Nasihatilah saya”. Kerana sesungguhnya, nasihat itu adalah yang paling baik. Pastikan nasihat itu bukan ke arah maksiat lah ye… ; )

Monday, June 21, 2010

Kisah Kura-kura & Arnab (4 siri)

Salam Ukhuwah Fillah…

05-042010 Sinergi (bekerjasama)  Kisah Kura-kura & Arnab (4 siri)

1- Kura2 menang sbb arnab tertidur. (Kura2 jalan slow & steady)
2- Arnab menang sbb dah tak tidur. (Arnab dah ambil pengajaran)
3- Kura2 menang sbb lumba kat trek kura2 (hutan paya & sungai)
4- Sama2 menang sbb separuh kat trek arnab(Jalan yg lurus) separuh lagi kat trek kura2(paya & sg). Sampai di tebing sungai, arnab tak pandai berenang, kura2 bawa arnab & sama2 sampai garis penamat. >> Sinergi <<


Pengajaran cerita;


1. Kura2 menang sebab kekurangan lawan. Dalam hidup ini kekadang kita berjaya disebabkan ada orang yang tidak pandai ambil peluang atas kehebatan diri sendiri dan malas berusaha(over confident + less effort). Oleh itu orang yang ada kekurangan diri tapi usaha kuat akan berjaya.

2. Arnab menang sebab dah ambil pengajaran. Hidup kini bukan lagi ‘Slow & Steady’ tapi ‘Fast & Steady’. Kalau tidak… Kita ketinggalan ke belakang.

3. Masing2 kita mempunyai trek masing2. Trek di sini bermaksud, kita mempunyai bidang yang kita kuasai. Seperti Arnab, dia menang sebab berlumba di trek yang bertanah rata & lurus tetapi kalah dengan Kura2 apabila menggunakan trek berpaya dan sungai. Oleh itu ketahuilah kelebihan masing2 untuk berjaya.

4. Hidup di dunia memang memerlukan SINERGI kerana kita tidak mempunyai semua kepakaran. Kita memerlukan orang lain untuk menampung kekurangan kita.

Sunday, June 20, 2010

PuLaNG ke KamPung Isteri...

Salam Ukhuwah Fillah…

~ Semalam, pergi berziarah atuk isteri tercinta di Pontian melalui Benut dari Kluang. Atuk dikatakan dilanggar kereta ketika berbasikal. Keadaan Atuk sekarang tak berapa kritikal. Insafnya apabila melihat seorang yang dulunya cergas (walaupun dah berumur) sekarang terlantar tak berdaya.

Pastinya kita akan berada pada ketika kita tak berdaya berbuat apa-apa apabila nyawa meningalkan badan. Oleh itu, apa yang hendak dibanggakan dengan badan yang sihat dan umur yang muda kerana mati itu tidak mengira umur. Bila-bila masa sahaja roh boleh dicabut tika sampai waktu yang dijanjikan. Bukanlah yang dikatakan panjang umur itu ialah kita mencapai usia lebih dari 100 tahun. Tetapi panjang usia itu ialah apabila usia kita dipenuhi dengan ibadat kepada Allah.
Untuk redha kepada Allah, cuba renungkan ini…

“Apabila melibatkan hal-hal keduniaan, lihatlah kepada yang lebih di bawah, tetapi apabila melibatkan hal-hal akhirat, lihatlah kepada yang lebih di atas”.

Jika kita tidak mempunyai kasut, cuba kenangkan orang yang tidak mempunyai kaki. Kita pasti akan lebih bersyukur dan redha. Jika amal kita bersolat di awal waktu, bandingkan pula dengan orang yang berjemah di masjid di awal waktu. Pastikan kita lebih bersyukur dalam keduniaan dan berlumba-lumba dalam hal akhirat kita.
Akhirat itu kekal abadi, dunia pula pasti kan sirna jua. Tidaklah yang menulis lebih baik daripada yang membaca. Sekadar ingatan buat diri dan yang membaca agar suatu hari nanti ada yang sudi menasihati tika diri ini diuji… ~

Friday, June 18, 2010

PuTeRi CeNDanA

Puteri Cendana

Tersebut kisah di sebuah negeri bernama Pura Perdana, hiduplah sepasang suami isteri yang sangat berbahagia. Pasangan ini hidup rukun dan damai dan dikurniai seorang anak perempuan yang sangat rupawan. Diberi gelar oleh orang ramai sebagai Puteri Cendana kerana parasnya yang putih bersih bak kayu cendana.

Bersesuaian dengan gelaran, bahkan baik perlakuan. Puteri Cendana disukai ramai, yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Tiada yang cela boleh didapati pada diri ‘puteri’, seorang ini. Diperikan orang ketika puteri dalam kandungan, ibunya bermimpi suatu mimpi yang terindah. Ibunya berkata kepada Si Ayah, “Bulan terang di langit malam, melayah turun ke ribaan. Bercahayalah kandungan ini dengan penuh cemerlang”. Berkatalah Si Ayah, “Moga bertuah anak ini. Jagalah ia dengan baik dan doakan agar kebaikan selalu mengiringi. Kepada Allah kita bermohon agar anak ini tidak menjadi fitnah di kemudian hari”.

Bersambung…

Understanding before being understand

05-032010 Understanding before being understand (Memahami Sebelum Difahami)

Kita hendaklah mendepani situasi dgn saksama. Perlu memahami kenapa seseorang bertindak dgn tindakan yg pada pandangan kita tak berkenan di hati.

Contoh seorang anak membasuh pinggan dgn menjirus pinggan di atas lantai dapur, bkn di sinki. Ibu tak sepatutnya memarahi anak tadi. Tetapi sepatutnya bersabar dan bertanya tentang tindakan anak tadi. Mungkin anak tadi berniat utk menolong membasuh pinggan tetapi tak sampai nak membasuh di sinki sebab masih kecil… Setelah mengetahui niat si anak, barulah ibu tadi menyatakan hasratnya dgn memberitahu, “Baiknya anak ibu, tapi lain kali basuhlah di bilik air atau panggil ibu utk tolong ambil kerusi supaya dapat membasuh pinggan di sinki”. Hal ini dapat menaikkan semangat anak tadi untuk terus menolong ibunya. Jika terus dimarah tadi, mungkin anak tadi tidak akan berani menolong atau berkecil hati.

Situasi lain, Pengetua sekolah selalu mencari salah guru bawahannya sebab memberi makanan berlebihan daripada kantin sekolah kpd org luar. Sering kali juga memarahi guru td. Guru tadi patut memahami pengetua td sebelum pengetua td dapat memahami niat dia yg baik agar makanan lebihan tak dibazirkan. Mungkin pengetua td merasa tak dihormati oleh guru itu disebabkan tak minta izin dahulu sebelum memberi makanan tadi. Setelah guru tadi faham barulah masalah dpat diselesaikan & hubungan antara guru & pengetua menjadi baik.

Doa RejaB

~ Perbanyakkan baca doa Rejab

(Allahumma Baariklana fi Rajaba wa sya’bana wa baalighna Ramadhan)
yang bermaksud “Ya Allah, berkatilah kami pada Bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan”.

Istighfar juga perlu dijadikan wirid.

Wednesday, June 16, 2010

Win-win situation

04-302010 Win-win situation (Fikir/keadaan Menang-menang)

Maksud Win2 situation ialah supaya semua masalah/cabaran itu ditangani secara menang-menang.

(Konsep 7 Habits). Semua pihak yg terlibat berpuas hati.
Cth situasi menang-menang zaman Nabi ialah ketika perletakan hajarul aswad. Nabi diberi kepercayaan utk memutuskan cara terbaik utk meletakkan hajarul aswad. (Oleh kerana Nabi diberi hak utk memutuskan, boleh shj Nabi sendiri yg letak, tetapi nabi berfikir agar semua org/pihak berpuas hati).

Nabi membentangkan serbannya & memutuskan agar setiap ketua kabilah memegang setiap bucu serban. Nabi meletakkan hajarul aswad di tengah2 & dibawa serban itu ke tempat hajarul aswad. Seterusnya Nabi sendiri yg meletakkan kembali batu itu ke tempatnya. Semua kabilah berpuas hati dgn cara itu & dapat mengelakkan berlakunya peperangan. (pada zaman Jahiliyah, isu yg kecil boleh membawa kpd peperangan, inikan pula perkara besar bagi mereka).

Situasi kini, jika anak2 bergaduh contohnya Abg memukul Adik disebabkan adik mengambil pensel milik si Abg. Ibu atau bapa tidak boleh terus menyalahkan si Abg dengan berkata, “Abang kenalah mengalah kepada Adik”. Di sini, abg kena mengalah & ibu bapa memenangkan Adik.

Ucapan yg sepatutnya ialah, “Abg, tidak baik memukul Adik, mintalah dengan baik-baik”. Seterusnya berkatalah kepada si Adik, “Adik pula, sepatutnya meminta izin Abg jika hendak menggunakan pensel Abang”. Lanjutkan dengan memberi peringatan kepada kedua-duanya dengan berkata, “Abah dan emak berpesan kepada kamu berdua agar berkongsi barang. Berkongsi adalah adalah akhlak yang mulia”.
Anak-anak akan berada dalam situasi ‘menang-menang’. Ini akan mendidik anak2 kita menjadi orang yang berintegriti tinggi. Ingat, Anak-anak adalah cerminan diri ibu bapanya…

Tindakan dalam menghadapi masalah

“It’s not What HAPPENS to you that matter; it’s What YOU DO about it”.

-Anonymous

Apa-apa yang berlaku kepada kita tidak dapat kita elakkan, tetapi yang penting ialah tindakan kita atas masalah/situasi yang berlaku. Sama ada kita bertindak dengan tenang, tabah dan sabar atau sebaliknya.

“Usah dipinta kehidupan yg mudah, tapi pintalah hati yg tabah. Usah dipinta kecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan Iman utk menghadapi ujian”.
-Ust Pahrol Mohd Juoi

Tuesday, June 15, 2010

Prinsip ekonomi Nabi Yusuf

04-292010 Prinsip ekonomi Nabi Yusuf

Ayat2 surah Yusuf:

Raja mesir bermimpi 7 ekor lembu yg gemuk dimakan oleh 7 ekor yg kurus, 7 tangkai gandum yg segar & 7 tangkai yg kering.

Raja meminta sesiapa yg boleh mentadbir mimpi, maka dibawakan Nabi Yusuf.
Nabi Yusuf memberitahu supaya bertani selama 7 tahun. Hasil tani disimpan (hanya sedikit yg diperlukan utk sumber makanan & selebihnya dibiarkan pada tangkai-tangkainya) kerana selepas 7 tahun itu akan berlaku kemarau selama 7 tahun juga.

Hasil tani yg disimpan pada tangkainya adalah sebagai bekalan ketika kemarau dan juga bakal dijadikan benih selepas kemarau 7 tahun itu.
Nabi Yusuf juga meminta utk menjadi menteri kewangan.

* Sila Rujuk Terjemahan al-Quran/Tafsir yg muktabar utk cerita yg lengkap.


Ibrah/Pengajaran:

Prinsip ekonomi yg boleh dijadikan pelajaran ialah;
1. Cari bantuan org yang pakar dalam ekonomi. (Nabi Yusuf pandai tadbir mimpi & faham apa yg perlu dilakukan- lalu meminta jd menteri)
2. Simpan sebahagian daripada pendapatan utk menampung hidup 5 ~ 7 tahun yg sukar.
3. Ekonomi dunia berputar seperti dalam kisah nabi Yusuf (5 ~ 7 thn) maju & (5 ~ 7 thn) mundur/berlakunya kegawatan ekonomi.
4. Kebaikan simpanan ialah dapat menampung hidup ketika waktu susah. Malah dapat tolong org pula.
5. Perlu jaga Pusingan modal dalam perniagaan supaya berjaya (simpan gandum tanpa dilerai dpd tangkai). Jika modal tergadai, maka kerugian bagi kita.

Mengharap Mentariku

Mengharap Mentariku

Mendung kelabu meliputi,
Pilu hati kurasai,
Berat bebanan kugagahi,
Mengharap mentariku bersinar kembali.

Mentariku,
Sinarlah kembali,
Agar sirna mendung di hati…


Hasil Nukilan : Kϋpϋ-Kϋpϋ MaLaM (16 Jun 2010)

Sunday, June 13, 2010

Kepentingan Visi dalam hidup

Salam,
Sekadar perkongsian ilmu. Slot motivasi Pagi ini adalah Rancangan IKIM.fm, saya hanya mengambil isi pentingnya sahaja. Tak lah saya ini pandai mengolah ayat. Sekadar nota kepada diri agar sentiasa bermotivasi…
Seboleh mungkin saya gunakan ayat yang mudah dan ringkas dalam nota saya ini. Moga bermanfaat.

Motivasi Pagi oleh Ustaz Zamri B Zainuldin
(IKIM.fm setiap 7.30 pagi Isnin ~ Jumaat, Ulangan 7.45 malam)


04-272010 Kepentingan Visi dalam hidup

Bahasa mudah ialah angan-angan yang baik untuk berjaya.
Kisah ketika perang Khandak(parit; idea Salman al farisi)/Ahzab(bersekutu; tentera musuh yg bersekutu dgn pelbagai puak kafir musyrik).
Nabi bersama-sama menggali parit dan setiap kali terpercik api daripada batu yg terkena cangkul nabi, nabi bersabda, “Akan jatuh kerajaan Rom & Parsi ke tangan Islam”. Sebanyak 3 kali diulang sabdaan baginda itu (Cerita lengkap, sila rujuk Buku Sirah Nabi/Buku-buku Hadis yang muktabar).
Setelah beberapa tahun kemudian Islam memang berjaya membebaskan Rom & Parsi. Dua kuasa besar ketika itu ibarat kuasa Amerika Syarikat sekarang.

Ibrah/Pengajaran Hadis:

Perlu bercita-cita tinggi utk bermotivasi & memajukan diri. Orang yang tidak mahu berangan-angan/berwawasan bererti tidak mahu memajukan diri sendiri.

Bukankah Rasulullah dalam maksud hadis ini mengatakan sesuatu yang sangat besar untuk dicapai? Tetapi para sahabat yang mendengar sabda baginda berusaha melaksanakan janji Rasul kita.

Jika hendak berangan pun susah, inikan pula nak maju/lakukan usaha yg lain.
Tetapi jangan pula kita panjang angan-angan. Cukup sekadar kita mempunyai harapan untuk memajukan diri.

Friday, June 11, 2010

Mengharap Belas Dari Nya..

" THE BEST WAY TO FIND YOURSELF IS TO LOSE YOURSELF IN THE SERVICE OF OTHERS " -Mahatma Gandhi-

Sebagai seorang muslim, suka untuk saya mengubah sedikit kata-kata hikmah di atas kepada :
" THE BEST WAY TO FIND YOURSELF IS TO LOSE YOURSELF IN THE SERVICE OF GOD"

Kita perlu sedar, kewujudan kita semata-mata atas rahmat Allah swt..Untuk mencari jati diri, segala amal perbuatan kita semata-mata kerana Allah.

Pastikan buat dengan terbaik untuk meraih belas rahmat dan kasih sayang Allah swt..

Buat yang terbaik untuk menghadirkan keikhlasan bukan menunggu keikhlasan untuk lakukan yang terbaik..

Akhir kalam, Semoga meraih mawaddah daripada Allah swt.. InsyaAllah..

Thursday, June 10, 2010

Semut, suatu umat yg berzikir..

-Ust Zamri B Zainuldin-
Semut, suatu umat yg berzikir

Hadis nabi menyebutkan kisah ini;

Ada seorang nabi(tak diberitakan siapa) digigit seekor semut lalu mengarahkan tentera/pengikutnya membakar sarang semut itu.
Allah menegur nabi ini dgn wahyunya," Mengapakah engkau membunuh suatu umat yg bezikir kpdKu hanya kerana seekor semut?"

Ibrah:
1. Semut suatu umat yg berzikir… Kita juga sepatutnya sentiasa berzikir
2. Kita sepatutnya menghadapi masalah yg datang & uruskan masalah itu dengan segera (Semut gigit, bunuh semut itu cepat2).
3. Jgn disebabkan suatu masalah, kita melibatkan sekali org yg tak berkenaan dlm masalah itu. (seekor semut yg gigit itu sahaja yg patut kita bunuh, bukan sampai satu sarang semut kita bakar).

Salam Perkenalan..

Salam semua,

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha serta sokongan yg sy terima, akhirnya blog sy ni dapat dikongsi.. harap semua dapat memberikan komen-komen yang membina.. Saya disini berbesar hati menerima semua komen-komen anda..