Salam Ukhuwah Fillah…
~ Semalam, pergi berziarah atuk isteri tercinta di Pontian melalui Benut dari Kluang. Atuk dikatakan dilanggar kereta ketika berbasikal. Keadaan Atuk sekarang tak berapa kritikal. Insafnya apabila melihat seorang yang dulunya cergas (walaupun dah berumur) sekarang terlantar tak berdaya.
Pastinya kita akan berada pada ketika kita tak berdaya berbuat apa-apa apabila nyawa meningalkan badan. Oleh itu, apa yang hendak dibanggakan dengan badan yang sihat dan umur yang muda kerana mati itu tidak mengira umur. Bila-bila masa sahaja roh boleh dicabut tika sampai waktu yang dijanjikan. Bukanlah yang dikatakan panjang umur itu ialah kita mencapai usia lebih dari 100 tahun. Tetapi panjang usia itu ialah apabila usia kita dipenuhi dengan ibadat kepada Allah.
Untuk redha kepada Allah, cuba renungkan ini…
“Apabila melibatkan hal-hal keduniaan, lihatlah kepada yang lebih di bawah, tetapi apabila melibatkan hal-hal akhirat, lihatlah kepada yang lebih di atas”.
Jika kita tidak mempunyai kasut, cuba kenangkan orang yang tidak mempunyai kaki. Kita pasti akan lebih bersyukur dan redha. Jika amal kita bersolat di awal waktu, bandingkan pula dengan orang yang berjemah di masjid di awal waktu. Pastikan kita lebih bersyukur dalam keduniaan dan berlumba-lumba dalam hal akhirat kita.
Akhirat itu kekal abadi, dunia pula pasti kan sirna jua. Tidaklah yang menulis lebih baik daripada yang membaca. Sekadar ingatan buat diri dan yang membaca agar suatu hari nanti ada yang sudi menasihati tika diri ini diuji… ~
No comments:
Post a Comment