Puteri Cendana siri2.
Mengapa anak orang kebanyakan digelarkan ‘puteri’? Begini kisahnya. Ketika Puteri Cendana berusia 5 tahun, raja Kerajaan Pura Perdana iaitu Raja Alam Kesuma dan permaisuri baginda bernama Permaisuri Sri Nilam Tempawan telah mencemar duli melawat sekitar kerajaan Pura Perdana.
Ketika itu, ramailah hamba rakyat yang datang menyambut ketibaan raja mereka ke kawasan masing-masing. Tak ketinggalan puteri seorang ini. Semua hamba rakyat beratur di sepanjang jalan negeri itu.
Kebetulan lalunya kereta kuda raja, Puteri Cendana jatuh ke atas jalan kerana ditolak oleh seorang perempuan tua. Maka berhentilah kereta kuda raja dan Permaisuri Sri Nilam Tempawan pun menjengah ke luar. Tatkala permaisuri melihat akan Puteri Cendana yang sangat comel itu, maka jatuh hatilah permaisuri akan dia lalu dipanggil Puteri Cendana menghadap baginda dengan titah yang sangat lunak, “Duhai anakanda, marilah naik kepada bonda”. Puteri Cendana pun menjawab, “Ampun Tuanku Permaisuri, sembah derhaka patik khabarkan.
Tidaklah patik berani naik sebelum mendapat izin ibu bapa patik. Bukankah restu ibu bapa itu membawa ke syurga?”. Mendengar hal itu, Raja Alam Kesuma menjadi murka kerana anak sekecil itu berani bersuara dan melanggar perintah.
Bersambung minggu depan…
No comments:
Post a Comment