“Hanya Pinjaman”
Hidup ini bak gelombang lautan,
Kekadang tenang dan selalunya bergelora,
Hidup ini suatu perlayaran,
Kekadang aman dan selalunya dibadai,
Hidup ini bagai pinggan pinjaman,
Sampai ketika pasti dipulangkan,
Kasihkan insan berlandaskan iman,
Tuhan itu Pemilik,
Kita hanya Peminjam.
Puisi ini kutujukan kepada diriku dan juga khas untuk isteri tercinta yang baru kehilangan orang yang dikasihinya iaitu adik kami Mohd Farizan B Idrus. Adik telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 27hb Jun 2010 akibat kemalangan jalan raya. Al- fatihah buat arwah, moga dicucuri Rahmat Allah sentiasa.
Yang pergi kita doakan,
Yang tinggal kita ingati,
Tabahkan hati atas ujian,
Sabar itu sifat terpuji.
Allahuakbar. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah. Jaga kandungan isteri awak. Jangan bersedih.
ReplyDelete